Assalamualaikum Umat Muhammad SAW .. Welcome to my blog! # Islam Itu Indah # Islam Itu Suci # Islam Itu Benar # Guide me to the right path

Wednesday, 26 August 2020

Kehidupan Phd

 Assalamualaikum pembaca blog Dari Dia Kepada Dia. Malam ni secara tak sengaja tertekan blog sendiri dan bila tengok last update rupanya genap 2 tahun harini. So guys, aku sekarang dah 27 tahun nak masuk 28. Berbeza rupanya bila kau dah berumur ni. Semestinya tanggungjawab kau makin banyak. Alhamdulillah aku diberikan nikmat kesihatan yang sejahtera dan mudah mudahan disihat sampai ke tua tanpa penyakit. Sekarang aku sambung PhD dalam bidang CFD. Apa aku buat basically design hydrokinetic turbine untuk hasilkan elektrik di kawasan pedalaman. Aku harap cepat lah PhD ni habis. Boleh bantu mak ayah bila dah kerja nanti hehe. Sebenarnya guys, bila kau buat PhD ni, kau memang berseorangan. Memang jalan yang sunyi. Kehidupan kau tak sama macam kau buat degree dulu. Selalunya kau berseorangan. Kawan-kawan kau masa degree dulu kebanyakkan dah kahwin dan dah ada anak-anak. Kau ja sorang-sorang masih belajar. Kalau mental tak kuat, PhD boleh separuh jalan. Harap-harap aku kuat lah nak harung jalan ni sorang-sorang. Takkan sorang kot? calon tak dak ka? Hmm buat masa ni memang takdak lagi. Bukan memilih tapi tak jumpa yang serasi dengan jiwa lagi. Mak ayah aku pun dah mula tanya bila nak nikah. Mak aku siap cari calon lagi untuk aku haha. Nope. Aku rasa selagi tak habis PhD, rasa macam ada batu berat tengah hempap atas kepala. Tapi, dia pesan untuk aku, dalam 2 tahun ni, cari lah calon dan nikah. Aku on ja. Cari-cari tapi tak jumpa lagi :D. Aku baru sem satu kot. Ada 2 tahun lagi masa sebelum aku grad. Dalam masa 2 tahun ni, aku nak pulun belajar betul-betul, timba ilmu sebanyak mungkin, kuasai bahasa Jepun, dan last but not least, cari calon isteri hahah. Untuk dia, terima kasih sudi dengar luahan hati. Buat pembaca, aku doakan aku dan korang berada dalam rahmat Allah dan kasih sayang-Nya. Tak tahu bila pulak nak update blog ni. Lepas PhD kot? Terima kasih sudi baca! Adios! 

Saturday, 26 November 2016

ANIME THRILLER : NISHA ROKUBOU NO SHICHININ

Assalamualaikum semua pembaca blog Dari Dia Kepada Dia. Last update blog ni setahun yang lepas 17 November 2015 dan sekarang dah 26 November 2016. Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui selama setahun ni. Pahit manis semua lah. Hehehe. Alhamdulillah aku sekarang masih diberi peluang untuk belajar. Masih lagi di Universti yang sama. Okay, berbalik kepada anime diatas, aku boleh kata story dia is beyond amazing! sangat best dia punya flow cerita. Dalam cerita ni semua ada. Sangat hebat penulis membawa penonton masuk kedalam era 50an. Ditambah pula dengan music yang sangat perhhh memang epik! menggetarkan jiwa. Cerita ni menambat hati aku bermula episode pertama lagi tau. Sekali tengok dah tahu betapa berkualitinya cerita ni. Cerita ni sebenarnya mengisahkan 7orang kawan survive selepas Jepun di bom oleh Amerika. Story dia LANGSUNG tak cliche dan lebih kepada real life. Sebab tu ia menarik. Aku boleh kata untuk tahun ni, untuk anime yang 26 episodes, cerita ni lah paling terbaik. Cerita ni sebenarnya dah keluar lama dah tapi baru jumpa. Hehe. Jumpa lagi bye. Wassalam.  

Tuesday, 17 November 2015

ANIME SLICE OF LIFE : SILVER SPOON

Assalamualaikum semua. Apa khabar sihat? hehe. Agak sibuk sikit lepas masuk program. Hari ni aku nak cerita sikit pasal anime dekat atas ni Silver Spoon. Cerita ni overall pasal seorang budak lelaki ni masuk sekolah agriculture. Dekat sekolah tu dia jumpa ramai kawan yang daripada pelbagai latar belakang keluarga. Mostly semua kawan dia ada bisnes berkaitan agriculture. Cerita ni lawak dan dia punya scene tu sangat menenangkan bila tengok. Aku tak tahu macam mana nak describe dia punya scene, boleh kata sekali tengok, korang akan terus tengok sampai habis hehe. Ohh cerita ni sebenarnya ada dua season. Ada sedikit pasal cinta dalam cerita ni tapi tak keterlaluan. So, overall story sangat menarik dan real. Aku rasa sampai sini dulu. Nanti ada masa aku update lagi blog ni. Adios! :P

Tuesday, 20 October 2015

ANIME SLICE OF LIFE : USAGI DROP


Assalamualaikum pembaca yang dihormati! Sekarang aku banyak sangat masa terluang so nak kongsi sikit satu anime genre slice of life yang aku rasa best. Anime dekat atas ni mengisahkan seorang lelaki single yang berumur dalam 30-an terpaksa adopt seorang budak perempuan. Budak perempuan ni sebenarnya anak atuk dia hasil hubungan terlarang dengan maid. Atuk dia mati then budak perempuan ni takda siapa nak jaga dia. So bermulalah kehidupan lelaki ni sebagai penjaga kepada budak perempuan ni. Cerita tak panjang cuma 11 episodes. Jalan cerita boleh tahan best. Graphic cerita ni mungkin tak lawa sangat tapi pada aku okaylah. Suara budak perempuan tu cute haha. Bye!

Sunday, 30 August 2015

Assalamualaikum warahmatullahiwabarahkatuh.. sup?!dah semak dah blog aku ni. lama sangat tak update. So intro sikit,sekarang aku alhamdulillah dah tamat dengan sempurnanya Degree in Mechanical Engineering USM. Sekarang tengah mencari kerja di KL. Anime? games?? ntah lah aku macam dah hilang minat pula nak buat benda ni semua. Tak tahu kenapa. Mungkin real life baru nak mula kot? Tak tahu nak taip apa dah. No point. So boring. Kbye :P


Monday, 8 June 2015

GAMING : BLACK DESERT ONLINE

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati..hello..sekarang exam week bak hang..baru lepas habis satu paper..kepala aku rasa macam nak pecah jer sebab tak cukup tidur..esok pon ada paper lagi..pening2!..okay tu cerita lain..hari ni aku nak perkenalkan satu online game yang baru keluar. Game ni aku tunggu dari 2 tahun lepas lagi..sekarang baru dapat main.. Black Desert Online boleh dikatakan game yang perfect la pada aku..overall graphic environment dia memang superb..tapi yang tak bestnya game ni server Jepun so main dia auto google translate..so tunggang terbalik jugakla quest dia..aku tak main sangat sebab tengah exam..sekarang nak fokus exam dulu nanti baru sambung main kot..well see you after exam.. :P

Wednesday, 29 April 2015

ANIME SUPER POWER : THE SEVEN DEADLY SIN


Assalamualaikum..haii..sekarang lebih kurang sebulan lebih lagi dekat USM ni..banyak sangat kerja tak siap lagi..kadang-kadang boring jugak menaip FYP yang tak tahu bila nak siap..boring seh..well hari ni aku nak cerita sikit pasal anime dekat atas ni..best..aku ambil masa satu hari je untuk tamat kan 24 episodes..anime ni anime super power..mengisahkan pasal holly knight yang kena buang daripada bandar sebab dosa yang mereka buat..tapi sebenarnya mereka difitnah..setiap orang daripada 7 holly knight ni ada power masing-masing..rambut kuning tu captain mereka..ceritanya mereka nak hapuskan pemerintahan holly knight dekat bandar yang cuba bersatu dengan setan.. :P..kbye..